BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

::Please Leave Ur FootPrints Here~::

MainMenu

Tuesday, February 11, 2014

Mampukah aku?

Assalamualaikum w.b.t..

Mampukah aku menjadi seorang guru?
Guru yang bagaimana?
Yang biasa - biasa?
Yang luar biasa?
Jawapan kepada persoalan : Sedang diusahakan.

Mampukah aku menjadi seorang guru yang boleh diharapkan?
Mungkin masih jauh.
Menjadi guru yang cemerlang?
Susah untuk dijawab soalan ini.
Jawapan kepada persoalan : Sedang diusahakan.

Mampukah aku?
Amanah yang dipikul sungguh berat.
Sedangkan diri masih belum cukup syarat.
Namun Insya Allah akan diusahakan.
Jawapan kepada persoalan : Sedang diusahakan.


Kepada AWAK.
Mungkin AWAK bukan 1st couple saya.
Tetapi,
AWAKlah cinta pertama saya.
Mampukah saya menjadikan AWAK
sebagai cinta terakhir saya?
Jawapan kepada persoalan : KIV.

#Praktikum 3 : Bimbingan pertama (BM) : Selesai.
#Datang mengejut. Hampir pengsan. Kesilapan - kesilapan kecil berlaku. Ketawa sendiri.
Ulasan pensyarah : Perlu lebih kreatif bahan dan teknik. Lain2 ok.

#Akan cuba buat yang lebih baik lagi pada masa akan datang.#

Sunday, January 26, 2014

Combo 2004 - 2014.

Assalamualaikum. 
Esok Praktikum.
Dah sedia atau belum?


24 Januari 2014.
Aku diberikan sehelai kertas A4 yang suci, bersih.
Tujuannya hanya satu.
Menjadikan sehelai kertas A4 ini, 
Sesuatu yang berharga.
Fikir punya fikir.
Inilah kejadian kertas A4 itu.
Bukan potret, tapi puisi biasa - biasa sahaja. :)

"10 tahun telah berlalu."
Ini kisahnya.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika hilang agamamu maka hilanglah cintaku padamu" -Imam Nawawi




2004.
Aku dipertemukan dengan jejaka A.
Tampan, berkarisma.
Namun hati aku cukup membencinya.
Tidak tahu mengapa.
Mungkinkah kerana dia didampingi wanita sentiasa?
Membuatkan aku memendam rasa?
Cemburukah namanya?

Hati ini semakin diduga.
Namun siapa sangka
Disebalik kebencian, terbit rasa suka.
Hati menyumpah.
Bodohkah namanya?

Tatkala hati masih berbicara,
Dia menghulurkan salam mesra,
Salam diterima hati berbunga.
Itukah namanya cinta pertama?

3 tahun menyulam cinta,
Berkasih tanpa ikatan sah,
Ungkapan sayang menjadi biasa,
Sungguh aku insan lemah.
Sentiasa diulit dosa.
Astaghfirullahalazim..
Lantas aku tersedar,
Bukan begini caranya.






2007.
Kami akhirnya berpisah.
Jodoh sudah tiada aku kira.
Perlahan – lahan ku lupakannya,
Walaupun perit aku harap kau terima,
Terima kasih atas segalanya.
Semoga engkau dapat berjumpa,
Dengan insan yang lebih istimewa,
Insya Allah..






  
2008.
Komitmen datang menerpa.
SPM penentu hala kerjaya.
Kenangan lama terkubur sama,

Seketika, hati aku terusik,
Dengan kehadiran insan bernama B,
Kata rakan kami serasi,
Namun hati aku menafi,
Kerana aku tidak mahu menyakiti lagi.

Aku tidak betah menerima usikan
Kerana bagiku,
SPM wajib diutamakan.
Hati dan perasaan perlu dikemudiankan.

Namun, sikapnya yang menyenangkan itu,
Kadangkala menguji hati aku.
Aduh,
Aku masih belum utuh,
Ku pejamkan mataku,
Membiarkan sahaja perasaan itu,
Pergi bersama angin bayu.

Hati kecilku berbisik padaku,
Jejaka B mempunyai rasa padaku,
Sikap mahmudahnya menyenangkanku,
Membuatkan aku senang melayan insan itu,
Sebagai rakan baikku.

Dikala aku alpa, dia akan mengingatkanku,
“jangan abaikan solat kamu,”
Dikala hari gerimis salju, dia akan mengingatkanku,
“Jangan lupa bawa payungmu,”
Dikala aku sakit, dia akan tetap mengingatkanku,
“Makan ubat ikut aturan waktu,”

Dikala aku bergembira, dia akan tumpang bersama,
Dikala aku berduka, dia akan memberikan kata,
Dikala aku menyakiti hatinya, dia akan tersenyum padaku, 
Dikala aku keliru akan sesuatu, dialah penyuluh jalanku,
Kerana insan seperti aku,
Engkau tetap menjagaku,
Begitu istimewa aku padamu,
Mulia sungguh cintamu padaku,
Butanya aku menilai cintamu,

Sebulan Cuma kita berkasih,
Aku cuba membuka hati,
Padamu insan yang ku sayangi,
Sayangnya, kau tidak ku cintai.

Al Quran, Al Mathurat, Yasin diberi,
Bersama ucapan menyentuh sanubari,
Pesannya sentiasa ingat pada Ilahi,
Jangan alpa dengan duniawi,
Kekalkan imej Muslimah sejati,
Persiapkan diri untuk hari nanti..

Maafkan aku sahabatku,
Sekali lagi aku menyakiti kaummu,
Menolak cinta luhur darimu,
Kerana komitmen aku dahulu,
Menyebabkan aku meninggalkanmu.






2014
Meniti alam penuh pancaroba,
Namun sekali lagi cinta,
Hadir tanpa diduga,
Hati kecilku berkata,
Diakan orangnya?

Andai aku adalah tulang rusukmu yang satu itu,
Aku berdoa sekudus hatiku,
Jika nanti Allah mempertemukan aku padamu,
Kau akan selalu membimbingku,
Menjadi wanita solehah buatmu,
Yang nantinya menjadi bidadari di syurga,
Cinta di dunia dan akhirat pastinya.

Andai engkau ditakdirkan untukku,
Untuk menjadi ayah buat anakku,
Didiklah mereka setulus hatimu,
Agar mereka boleh menjadi sesuatu,
Yang boleh mendekatkan kita pada Pencipta.

Andai engkau ditakdirkan untukku,
Aku berharap engkau boleh menjadi imamku dan anakku,
Pemimpin yang sabar dalam bahtera kita,
Cintailah aku seadanya,
Kekuranganku engkau singkaplah dengan redha.

Andai aku salah,
Tegurlah aku dengan lembut dan berhikmah,
Andai aku marah,
Belailah aku dengan penuh kasih sayangmu,
Agar marahku menjadi salju,
Andai aku alpa,
Ingatkan aku dengan penuh sabar,
Agar engkau boleh menjadi suri tauladan buat keluarga kita.

Kerana,
Aku hanya manusia biasa,
Penuh kelemahan dan cacat cela,
Namun,
Aku hanya mengharapkan imam yang baik,
Mengemudi bahtera kita ke arah jalan yang diredhai – Nya,
Menuju ke jannah bersama dirimu dan anak kita.
Insya Allah..

Kepada insan A dan B,
10 tahun telah berlalu,
Terima kasih kepada kamu,
Kerana pernah menjadikan aku,
Sebahagian daripada hidup kamu,
Suatu ketika dahulu,
Sungguh pengalaman dahulu mematangkanku,

Aku akur pada ketentuan Ilahi,
Terimalah dengan hati nurani,
Semoga kita bertemu lagi,
Suatu masa nanti.
Terima kasih.
Friends till jannah. 

p/s : Mood praktikum. Iron baju seminggu. :) 
Kepada Encik *tut* : Komapta. Pogoshipta. Sarange oppa! 
Assalamualaikum. ^^

Friday, November 1, 2013

Dinner. Lambat hap-date

Assalamualaikum. Salam apresiasi. Jom tengok random gambar dinner unit JPMIPGK.

"Cik Farah, suami terchintaw ada datang tak?" Fadthia (baju kelabu)
"Biarlah rahsia." *tui*
(Dialog tipu)


Mc la sangat. (1st tym).


Bestfriend. Lawa kan mereka. Dari gibang : Fadthia, Tika & Suzae.



Senior Tahun Akhir!! Sayonara.. Huhu~


Senior sporting : Kak Hana n Kak Fatin~ Ohoo.. 


Venue :  Dewan Tun Mustapha. 


Keluarga Besar JPM. 

Tu dia.. Cikgu Tajip! 


Memang kaki karox.


Senyum miring. Zzz bersama Zaionell. What a tiring day kan yeobo? matai.


Kamilah PISMP BM JAN 2011.

Buja (Ozlyn) with mentor : Encik Junani. Ek ehem.


Me and Jie. Datin Kipasan. oMai. Mcm nyampah je. Mcm nyampah je. Mcm nyampah je. XD


Kan dah cakap. tangan kipas. bukan kaki kipas. 


Ini bukan karox. Jangan salah faham.


Will you marry me? Manada. Tipu sja. Hahaha. :P 


Bila mata penat. Ada sahaja orang enteprem. 

Baru jak cakap. Ada lagi. Dua ekor teruna tu memang pembuli aku. cis.


Oh malar di situ. Trip artis. haha.

1,2,3... okay nda cukup 21 orang. Suzae odiyaaaaa???


Puteri n Putera Gilang Gemerlapan. Oho~


Door gift.

 
Tika (Pinkish) ber - ala2 Zizan di situ. Menemubual Ester (KU). Nice job!


Soal makan memang semua juara.
Jasa gambar - gambar : Siti Norfadthia Adila Jumaat (greyian). 
Kamera beliau yang dipegang Andy Reo Sibidol (redstripan).



Terima kasih kawan - kawan for the unforgtble memories.. 
Sarange!!

Thursday, September 26, 2013

Yosh!

Assalamualaikum. Salam apresiasi.

Blog yang sepi. Sibuk tidak bertepi. Tapi pandai - pandai jaga kesihatan diri. :)

Sekembalinya daripada praktikum di SKPSHK, rutinku kembali seperti murid biasa. Ya. Aku cakap betul - betul ni. Sila percaya. Cuma ni kali jadi murid yang sangat sibuk. Bukan penyibuk. Ini realiti. Ini kali lah!

Terima kasih warga SKPSHK di atas penghargaan ini. Insyaallah panjang umur kita berjumpa lagi. :)


Alhamdulillah 2 semester aku melalui praktikum (ish siapa bah menjerit2 di bangunan KDP tu. bising eh!), aku rasa aku macam jadi guru betul - betul oh. Macam mama - mama suda bilang hubby aku. (plisla shut up di sana tu.  11 pm already). Perubahannya begitu ketara dalam diri aku. Inikah yang dinamakan cinta? eh cinta terhadap profession okay. Yes. MAA! (aku bom juga tu bangunan KDP nanti. Bikin spoil mood sja).


Semester depan Insyaallah aku akan berpraktikum n internship di SK.-tut- .. Rahsia lagi. Hahaha. Bersama - sama dengan Nadzirah a.k.a Jie~  auw jiwang gelemen. ZZZ.



Orait. Itu sahaja repekan malam ini. Minggu ni sampai hujung oktober memang pack. semoga kawan - kawan semua kuat dan gagah perkasa. Yieehhaa! All the best. 

Jom KKP!

Friday, August 2, 2013

Jom Cuti!

Assalamualaikum. Salam apresiasi. 













Tu jak. Sekian.
Assalamualaikum. ^^

Sunday, July 21, 2013

BUTA. MEMANG BUTA. BUTA HATI. BUTA IMAN.

Firman Allah: Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezeki kan kepadamu d an bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan-Nya.(Al Maidah: 88)

Assalamualaikum. Dugaan Allah. STiada siapa yang akan menjangkakannya bila akan berlaku, siapa, dimana dan apa bentuk dugaan yang bakal ditempuhinya. Seperti aku. Peristiwa itu berlaku ketika aku menunaikan solat Maghrib di Surau 1 Borneo.. Kepada Muslimah, sila berhati2 apabila meninggalkan beg tangan anda kerana akan ada manusia yang memerhatikan segala tingkah dan laku anda. Andai leka seketika, lesap sekelip mata. Begitulah kisah aku. Duit aku yang boleh dikira banyak jugaklah lesap sekelip mata... Memang down terus la sbb duit tu aku mau buat bayar hutang.. Sedihhhhnya sampai sekarang. Hati langsung tidak tenang.. Tidur tidak lena.. Berasa senak dan sesak nafas kerana jumlah wang yang hilang itu bukanlah sedikit. :( Dugaan Allah... Kena terima dengan hati yang redha..


Sangat mendukacitakan apabila niat untuk ke surau digunakan untuk tujuan yang salah malah haram! 


KATA MAMA : "Tidak apalah nak. Bukan rezeki.." betapa mulianya hati mama aku kerana beliau begitu tabah dan sabar mendengar berita ini. Wuwu.. Mampukah aku menjadi seperti beliau? Rasanya perjalanan itu masih jauh. Sangat jauh.. :( aku tidak sekuat mama..... 

KEPADA MANUSIA YANG TELAH MENCURI DUIT AKU TU, 'BERBAHAGIALAH' KO DENGAN MEMAKAN DUIT HARAM TU YA.. SATU SEN PUN TIDAK AKAN DIHALALKAN UNTUK KO DAN SELAMA - LAMANYALAH MENJADI DARAH DAGING KO! JANGAN HAIRAN APABILA BENDA NI AKAN BERLAKU JUGAK KAT KO! AKU HARAP SANGAT KO BACA POST AKU NI. KALAU KO BACA, BAGUSLAH. DIPERSILAKAN UNTUK SEGERA BERTAUBAT. PALING MOLEK, KO GANTILAH DUIT AKU YANG KO TELAH CURI JUMAAT LEPAS TU SEMENTARA KO MASIH BERNAFAS DI DUNIA NI. INGAT, DI DUNIA KO BOLEH LEPAS, DI AKHIRAT NANTI KO FIKIRLAH SENDIRI. JANGAN PENTINGKAN DIRI SAMPAI SANGGUP MENYUSAHKAN HIDUP ORANG LAIN. APAPUN, AKU INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA KO SEBAB KO LA MANUSIA PALING HEBAT DI ABAD INI KERANA HEBAT DALAM MENCURI DUIT A.K.A HAK ORANG LAIN. DI MANA LETAKNYA IMAN KO? FIKIRKAN YA WAHAI MANUSIA YANG BUSUK HATI.. :) INGATLAH DOSA KO YANG BERLIPAT GANDA TU NANTI, LEBIH - LEBIH LAGI BULAN RAMADHAN NI.. WAH... 


Bersabda Rasulullah SAW: Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Bila baik daging itu baiklah selu ruh anggota dan seluruh jasad. Bila jahat dan busuk daging itu jahatlah seluruh jasad. Ketahuilah, itulah hati. (Riwayat: Al Bukhari dan Muslim)


SEMOGA BERBAHAGIA YE..

 ASSALAMUALAIKUM...

p/s : tadi selesai memotong kain baju kurung untuk 3 orang. seriously mau muntah. hahaha. minggu depan da start menjahit. Fighting! ^^

Wednesday, July 3, 2013

A moment to remember.

Assalamualaikum. Salam apresiasi.

Crdt : google

Hari ini sekali lagi dinding kusam ini akan dicoret dan dilakar oleh aku. Yala aku. Siapa lagi. Hish. Harhar.

"MAYBE it's not about the HAPPY ENDING.
MAYBE it's about the STORY."

Aku belek2 google image di petang yang indah. Lalu kelihatan sekeping gambar yang menarik perhatian aku. Lantas, aku tersenyum. Tidak semua cerita yang tercipta menjanjikan penamat yang bahagia kecuali dengan bantuan skrip. Begitu juga dengan lagu yang dinyanyikan. Melodinya enak menjadi santapan halwa telinga tetapi liriknya menyakitkan hati yang mendengarnya. 

Aku juga menginginkan penamat yang bahagia. Penamat dari perspektif yang pelbagai okay.. Bukan dari satu sudut pandangan je! Hamboi. Mentang - mentangla ayat jiwang ala - ala romeo n juliet...:P


OK. Sambung.
Dalam kita melakar kenangan, ingatlah.. Allah bersama kita semua. Sentiasa berdoa dan doakan yang terbaik untuk kita. Jangan dilupakan ibu dan bapa kita.. Insyaallah doa akan dikabulkan dengan izin - Nya.. Kan..?

Terima kasih kawan - kawan for a great and precious moments to remember together - gether! 

Contoh gambar2 di bawah. 
Persiapan Hari Guru. 
Moment to remember : Aku, Kalid and Fadthia (baju polka dot) first tym anyam tu daun kelapa. Jadi juga pintu gerbang walaupun lintang pukang sedikit. Hehe. 
21 Jun 2013 : Almost midnight.


Saya dan Siti Norfadthia Adila Jumaat. (Fadthia, Tya, Fath etts)
Moment to remember : Galaxy Ace Plus si Jie. Camera 360. lala. Taken tym si Jie sibuk p tempat lain. More pictures taken but the rest were a bit "funny". XD 
And we both wore same colour of tudung! Brown.!
1 Julai 2013. - Class Dr. Lisa


 Saya dan Nadzirah Binti Abdul Latip. (Jie, Jirut)
Moment to remember : Galaxy Ace Plus si Jie. Saja2 mau ambil gambar guna hape si Jie. *Love to take self cam lately. A bit weirdo. Usually im not kinda of this type of person. Going crazy with hape and everytym i gotta chance, i will take that 'opportunity' 'wisely'. Hahaha.
1 Julai 2013. - Class Dr. Lisa (Kesian cikgu. ehehe)


Saya dan Nurul Atika Ripin. 
Moment to remember : Aku dan Tika wore both silver colour attire that day. Eh, its today. Haha. And I really adore her eyes. Round and big.
3 Julai 2013 - As soon as i announce that Mr. Razali take MC for today interaction. 
*banyak memori dgn cikgu razali yang lucu2 XD*


Saya dan Noor Balqis Bin Muhamad Safian (kissy - roomate) 
Moment to remember : Galaxy Ace Plus si Jie. Camera 360. lalalalagiii... 
We have our dinner at Khoki Bandung - Berbuka Puasa. 
Another Moment to remember : Si Jie kepedasan dan bibir merah sampai dia menangis terbahak2. :P
I think its 24 June 2013. - Alamesra


The most memorable moments with my secondary school friends. 

At first we're just having our lunch together at Bakso (place where we're always 'lepak' after extra class). We were chit chat, laughing so hard and at the end my friend said 

"Bakso jak kita?" - Nurul
"Aku mana jak ni. Ada juga kereta bh. Hehe!" - aku
"jum!" semua.

So then plan was on.
To Suria Sabah,, then to 1 Borneo. 
Yoyoing, Bataing, Karaokeing, Makaning. 
Owyeah. 

A moment to remember : - pukal je terus.
1. Asnawi just wore those japan slippers. He just dnt care, eh eh eh. XD
2. Going to IB just because they want to Karaoke. Layan aja~ XD Bukan selalu! hehe.
3. I recommended Irwan which sport shoes were suitable for jogging and such. Thankyou!
4. Siti Saodah belanja yoyo~~ Maceh oda!!! 
5. Oda belanja karaoke lagi. for 1 hour. 
6. 5 minutes left before the karaoke ends, Asnawi extended it for an hour again. Sanggup sehhh!
7. Nurul kalahkan Asnawi satu game *xtau nama* (sementara tggu giliran karaoke) hebat! XD
8. Meet Emanuel Justin - Marco at Apple. Much more handsome now.  hehe.
9. Meet Azlan Syah scra kbtulan. (thinking of him make me urghhh. creepy yet funny. ;p
10. Reach home around 10.00 pm and terus landing. XD

What a journey! Yet i enjoy it soooooo much!

In my car. Not in the picture : Irwan..





 Lawyer, scientist and teacher to be. Seriously, tua suda rupanya kami ni. Tapi mcm budak2. Hehehehe!

Kiri. Jepun. Kanan. Nike. Tapi dua - dua hensom.


Hehe. Terima kasih kawan2... Very2 kombawo!!

Later, err.. Nothing. Hahaha. 
Okay. 
Assalamualaikum. Selamat berpraktikal dan berpraktikum kawan2.

Praktikum 1  :SK Pekan Kota Belud 
Taken by Cam Jie.


Praktikum 2 ? Coming soon. 
Kalabai!

geligeligeligeligeligeligeligeli. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...